FALSAFAH DAN SEJARAH KIK

PENGENALAN

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan salah satu aktiviti kumpulan kecil yang ditubuhkan bertujuan melahirkan produk atau perkhidmatan yang bercirikan kreativiti dan inovasi yang dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

OBJEKTIF

Objektif bagi pelaksanaan Konvensyen KIK KPM dan penyampaian anugerah KIK adalah seperti berikut:
  1. sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pemenang - pemenang KIK atas usaha, tenaga dan masa yang diperuntukkan mereka bagi menubuhkan kumpulan KIK;
  2. sebagai pengiktirafan kepada pemenang yang telah berjaya menghasilkan projek KIK yang boleh dimanfaatkan di KPM;
  3. sebagai galakan dan dorongan kepada warga KPM supaya menubuhkan lebih banyak lagi kelompok KIK di Bahagian/Jabatan KPM untuk lebih berinovasi dan kreatif dalam pelakasnaan tugas yang berkualiti;
  4. merupakan salah satu mekanisme bagi mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja;
  5. memberi peluang kepada peserta dan pemerhati Konvensyen daripada pelbagai bahagian dan jabatan KPM untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran mengenai inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja.

FALSAFAH KIK

Falsafah KIK adalah seperti berikut:
  1. Konsep pengurusan secara kemanusiaan, iaitu pengurusan yang menekankan aspek modal insan yang merupakan aset terpenting  dalam sesebuah organisasi.
  2. Konsep pengurusan secara penyertaan, iaitu setiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi.
  3. Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru.
  4. Menerapakan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.
  5. Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif.
  6. Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas. Dengan itu, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan.

KRITERIA KIK

Penilaian  pembentangan kertas projek adalah berdasarkan kriteria di bawah:
  1. Pengenalan
  2. Pemilihan dan Definisi Projek
  3. Analisis Terhadap Peluang Penambahbaikan
  4. Penyelesaian atau Pelaksanaan yang Kreatif dan Inovatif
  5. Pemantauan dan Penyeragaman
  6. Pencapaian dan Penciptaan Nilaian
  7. Persembahan