Jumaat, 23 September 2011

ANJAKAN PARADIGMA

Anjakan Paradigma - Berubah Cara.
 
Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' ini bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'.

'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang sama erti dengannya..

Itu saja pointnya. Ringkas dan mudah. 

Sedia Beranjak Supaya Tidak Ketinggalan.
Anjakan paradigma ini sesuai digunakan untuk menerangkan peri penting perubahan untuk sesuatu kemajuan berasaskan teknologi atau rekacipta terkini kepada masyarakat.

Bermaksud, paradigma akan sentiasa berubah selaras dengan perubahan dunia semasa. Apa sahaja yang menjadi perkara baru pada hari ini akan segera menjadi basi pada keesokkannya. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan ICT yang sentiasa berinovasi menyajikan teknologi terkini. Contohnya telefon bimbit, notebook dan sebagainya.

Kerana apabila satu teknologi baru ditemui untuk mengatasi teknologi yang lama, maka satu anjakan paradigma diperlukan bagi menerima pakai paradigma yang baru tadi. Kebarangkalian untuk ketinggalan dalam perlumbaan teknologi amat tinggi jika tidak sentiasa di'update' dengan input terkini.

Paradigma Zon Selesa.
 
Paradigma yang sedia ada selalu dikategorikan sebagai paradigma zon selesa - atau comfort zone. Justeru, amat berat bagi mereka untuk meninggalkan paradigma zon selesa itu. Lebih-lebih lagi ia tidak mengganggu gugat status-quo yang dikecapi. Oleh itu, untuk melakukan anjakan paradigma, ia memerlukan satu kesedaran dan kekuatan dalaman untuk mengubah kebiasaan itu.

Melainkan mereka mendapati zon selesa itu tidak lagi sesuai dengan gaya hidup mereka, lalu inginkan perubahan yang total, maka di situ anjakan paradigma lebih mudah dilakukan.

Anjakan Paradigma dan Sejarah.
 
1. Mekanikal Swiss Vs Quartz Jepun
 
Dahulu pembuat jam mekanikal terkemuka dunia dikuasai oleh orang Swiss. Tidak mengguna bateri dan mereka sangat bangga dengan kepakaran itu. Tiada siapa yang boleh menggalahkan orang Swiss dalam kadeah pembuatan enjin jam. Akibatnya mereka leka dan selesa dalam paradigma itu lalu tidak memperdulikan idea dan teknologi baru yang lebih bernas.

Sehinggalah, Seiko dari Jepun, membuat 'reverse engineering' terhadap teknologi Quartz. Iaitu mengubah keseluruhan paradigma enjin mekanikal kepada enjin Quartz yang menggunakan bateri. Ini telah mengakibatkan perubahan menyeluruh terhadap industri tersebut.

Penerimaan jam Quartz yang begitu menggalakkan dari pengguna seluruh dunia menyebabkan penjualan jam mekanikal Swiss jatuh merudum. Hampir-hampir mereka gulung tikar.

Akhirnya, pengusaha jam Swiss terpaksa berubah dan menerima pakai paradigma baru (Adapt or Die!) dengan memperkenalkan jam Swatch berenjin Quartz untuk menandingi Seiko keluaran Jepun. Mereka bernasib kerana cepat sedar dan berubah untuk kekal dalam persaingan sehingga sekarang.

Disesuaikan dari blog The Malay Press.

5'S-Kaizen (Quality Environment)


Pengenalan 5S

Program 5S dipopularkan dan dipraktikkan di negara Jepun. Ia begitu popular pada masa kini sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor swasta. Ia begitu sesuai digunakan dalam meningkatkan kualiti kerja.

5S berasal daripada Bahasa Jepun:

Jepun
Melayu
Inggeris
Seiri
Sisih
Sort
Seiton
Susun
Simplify
Seiso
Sapu
Scrub
Seiketsu
Seragam
Standardize
Shitsuke
Sentiasa Amal
Sustain

Apakah 5S?
  1. 5S - permulaan kesihatan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja.
  2. 5S - membawa banyak perubahan. Contohnya, semua item yang tidak diperlukan dibuang, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja dan peralatan kerja menjadi bersih bersih dan sentiasa kemas.
  3. Kuasa utama program Kaizen adalah dari manusia. Oleh itu Shitsuke (sentiasa amal) adalah kritikal untuk kejayaannya.
  4. Shitsuke melatih manusia supaya mereka membentuk tabiat kerja yang baik.
  5. Apabila semangat dan amalan 5S yang baik dijadikan landasan, sesebuah organisasi boleh membina dan amalkan Program Super 5S yang memerlukan paras kreativiti dan pendekatan Kaizen yang tinggi.
  6. Super 5S untuk semua mewakili pengetahuan teknik dan ilustrasi Kaizen yang berguna.

 

Kenapa 5S?

Pada masa ini 5S adalah alat peningkatan produktiviti yang popular di Jepun dan turut menjadi popular juga di negara lain kerana faktor yang berikut:
  1. Tempat kerja yang sistematik, bersih dan tersusun.
  2. Hasil yang nyata kepada semua - orang luar dan dalaman.
  3. Hasil yang nyata kepada peningkatan lebih banyak idea baru.
  4. Semua orang menjadi lebih berdisiplin.
  5. Operasi di tempat kerja menjadi lebih mudah dan selamat.
  6. Mewujudkan kebanggaan dan rasa kekitaan kepada semua staf kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun.
  7. Meningkatkan imej organisasi.

Super 5S adalah Program Penyertaaan Kaizen ke seluruh organisasi.


  1. Super 5S adalah program menyeluruh Kaizen melibatkan semua orang dalam Organisasi.
  2. Ia pendekatan berkesan motivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa.

Objektif Utama Program Super 5S

  1. Membina budaya KAIZEN di tempat kerja.
  2. Membina kerjasama melalui penyertaan semua.
  3. Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia .
  4. Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program kaizen yang lebih maju.

Kaizen = ialah aktiviti penambahbaikan berterusan dan diamalkan secara konsisten.

Isnin, 19 September 2011

DAY 2 ,MESYUARAT & BENGKEL KIK 2011

KIK Dungun   berbengkel untuk menyiapkan program eDT1 online  di BTPN Marang.









KIK Dungun

KIK Dungun ditubuhkan pada 20 April 2011.Antara Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:


• Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
• Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
• Semangat bekerja secara berpasukan
• Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif
• Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja
• Dorongan kerja yang tinggi
•Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara
• Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
• Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja