Program 5S dipopularkan dan dipraktikkan di negara Jepun. Ia begitu popular pada masa kini sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor swasta. Ia begitu sesuai digunakan dalam meningkatkan kualiti kerja.
5S berasal daripada Bahasa Jepun:
Jepun | Melayu | Inggeris |
Seiri | Sisih | Sort |
Seiton | Susun | Simplify |
Seiso | Sapu | Scrub |
Seiketsu | Seragam | Standardize |
Shitsuke | Sentiasa Amal | Sustain |
Apakah 5S?
- 5S - permulaan kesihatan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja.
- 5S - membawa banyak perubahan. Contohnya, semua item yang tidak diperlukan dibuang, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja dan peralatan kerja menjadi bersih bersih dan sentiasa kemas.
- Kuasa utama program Kaizen adalah dari manusia. Oleh itu Shitsuke (sentiasa amal) adalah kritikal untuk kejayaannya.
- Shitsuke melatih manusia supaya mereka membentuk tabiat kerja yang baik.
- Apabila semangat dan amalan 5S yang baik dijadikan landasan, sesebuah organisasi boleh membina dan amalkan Program Super 5S yang memerlukan paras kreativiti dan pendekatan Kaizen yang tinggi.
- Super 5S untuk semua mewakili pengetahuan teknik dan ilustrasi Kaizen yang berguna.
Kenapa 5S?
Pada masa ini 5S adalah alat peningkatan produktiviti yang popular di Jepun dan turut menjadi popular juga di negara lain kerana faktor yang berikut:
- Tempat kerja yang sistematik, bersih dan tersusun.
- Hasil yang nyata kepada semua - orang luar dan dalaman.
- Hasil yang nyata kepada peningkatan lebih banyak idea baru.
- Semua orang menjadi lebih berdisiplin.
- Operasi di tempat kerja menjadi lebih mudah dan selamat.
- Mewujudkan kebanggaan dan rasa kekitaan kepada semua staf kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun.
- Meningkatkan imej organisasi.
Super 5S adalah Program Penyertaaan Kaizen ke seluruh organisasi.
- Super 5S adalah program menyeluruh Kaizen melibatkan semua orang dalam Organisasi.
- Ia pendekatan berkesan motivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa.
Objektif Utama Program Super 5S
- Membina budaya KAIZEN di tempat kerja.
- Membina kerjasama melalui penyertaan semua.
- Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia .
- Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program kaizen yang lebih maju.
Kaizen = ialah aktiviti penambahbaikan berterusan dan diamalkan secara konsisten.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan